Pages

Monday 14 May 2012

SAYA LEBIH KENAL ANWAR DARIPADA ANDA SEMUA - EZAM (BEKAS SETIUSAHA POLITIK ANWAR IBRAHIM)


Friday 4 May 2012

Hitler??




Salam,
Baru2 ini kita diberitakan oleh kenyataan salah seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang tak lain tak bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib sekarang menyerupai pemerintahan ala Hitler dan Stalin.


Apakah benar dakwaan DSAI tersebut?adakah kerana keganasan polis pada perhimpunan bersih 3.0 lalu terhadap peserta bersih membuat DSAI terus melabelkan kerajaan sedia ada sebagai Hitler dan Stalin?
Penulis tidak berpihak pada mana2 parti politik,tapi pada pandangan penulis kenyataan DSAI itu sedikit sebanyak mengambarkan ketidakcerdikan DSAI sendiri.


Siapa Itu Hitler?
Jika kita kaji kembali sejarah perjuangan Hitler dan Nazi,penulis baru2 ini sempat menonton satu dokumentari tentang hitler dan nazi di national geographic.Melalui pengamatan penulis,Hitler merupakan seorang penjuang yang memperjuangkan isu2 rakyat ketika itu seperti ketidakadilan kapitalis yahudi dan kegagalan parti Jerman Sosial Demokrat untuk mengatasi masalah yang dialami rakyat Jerman ketika itu seperti masalah penganguran dan kemiskinan.


Hitler merupakan seorang yang pandai berpidato dan mampu menarik sesiapa sahaja yang mendengar pidatonya dan mengajak mereka berfikir sama seperti Hitler berfikir.Itulah kelebihan Hitler.Berpidato.Oleh kerana kelebihannya tersebut,Hitler berjaya menarik ramai rakyat Jerman untuk menyertai parti nazi terutama rakyat jerman luar bandar dan golongan miskin.


Namun Hitler yang dianggap sebagai penyelamat rakyat Jerman daripada kemiskinan dan penindasan kapitalis yahudi hanyalah pembohongan semata-mata,kerana parti nazi bukan sahaja gagal memulihkan ekonomi Jerman tapi membawa rakyat Jerman ke kancah peperangan dan huru-hara.Hitler sanggup menggunakan apa sahaja demi mencapai cita-cita peribadinya,malah sesetengah berpendapat Hitler mahu menjadi seperti Napoleon yang mempunyai sejumlah angkatan tentera yang besar.


Memenopoli Individu Lain Demi Cita-Cita Peribadi
Berbalik kepada isu yang dimainkan oleh DSAI,penulis berpendapat DSAI sendiri lebih menyerupai Hiler jika dibandingkan dengan kerajaan sedia ada.Ini kerana Hitler sanggup melakukan apa sahaja dan memenopoli setiap individu di Jerman ketika itu demi mencapai cita-cita nya untuk menjadi Fuhrer iaitu permimpin tertinggi Jerman.Isu yang dimainkan?Sudah tentu kemiskinan dan kesengsaraan rakyat Jerman.Sama seperti DSAI sendiri yang mempermainkan isu ketidakadilan dan penindasan kerajaan terhadap rakyat.


Jadi kesimpulannya kerajaan sedia ada yang lebih menyerupai Hitler seperti yang didakwa DSAI adalah sama sekali tidak masuk akal dan boleh disifatkan sebagai Buta Sejarah.Pada zaman hitler sesiapa yang menentang beliau dan tidak mengucapkan HEIL HITLER boleh ditangkap dan salah disisi undang2.Tapi di Malaysia kita bebas untuk menyokong siapa yang kita mahu sokong dan bebas mengkritik siapa yang kita mahu kritik.Walaupun penulis sendiri tidak menyokong mana-mana pihak,tetapi penulis tidak suka sikap segelintir pemimpin yang hanya pandai menyalahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri kerana pada pendapat penulis perbuatan tersebut adalah pengecut dan tidak bertanggungjawab.


DSAI lebih menanamkan kebencian didalam hati rakyat Malaysia daripada menanamkan kasih sayang.DSAI lebih meluahkan penipuan daripada kebenaran.Mahukah kita hidup di dalam kebencian dan penipuan seperti ketika zaman Hitler?Berikut sedikit kata-kata Hitler:



"If you tell a big enough lie and tell it frequently enough, it will be believed."
-Hitler- 









Thursday 3 May 2012

Bersih 3.0 dan hala tuju kita







Tanggal 28 April 2012 kita dikejutkan dengan satu titik hitam yang berlaku dalam negara kita.
Perhimpunan bersih 3.0 telah membuka mata banyak pihak terhadap konflik tersebut.
Biarpun dah berberapa hari bersih 3.0 tamat namun masih lagi hangat diperkatakan sama ada di kedai kopi,tempat kerja,sekolah,universiti bahkan di laman sesawang sekalipun.
Berpuluh2 blog tercipta hanya untuk menceritakan tentang bersih ni.
Group2 dan pages kat facebook juga di cipta untuk masing2 menyatakan pendirian dan pendapat mereka terhadap bersih 3.0.
Apa istimewanya bersih 3.0 ni?
Sehinggakan ramai di antara kita bergaduh sesama sendiri malah dalam kalangan kawan rapat sekalipun.
Penulis pun kadang2 terpikir adakah rakyat kita khususnya memang gemarkan berita panas dan sensasi?Sama seperti kisah panas artis2 hiburan?
Apa pun jawapannya bersih 3.0 telah memberi satu impak yang kuat kepada landskap politik semasa negara.
Pada pendapat penulis tiada gunanya isu ini di panjangkan kerana ianya sudah berlalu.
Tiada gunanya kita bergaduh sesama kita dalam menyatakan pendirian kita kerana ianya lebih memburukkan keadaan.
Dalam kita mengutuk polis,bersih,kerajaan,pembangkang,lebih baik kita ambil cermin dan cermin diri kita dulu sebelum kita mengutuk orang lain.
Tanya soalan ini pada diri kita.
Adakah kita benar memperjuangkan apa yang kita katakan?
Adakah kita lebih baik daripada  orang yang kita tuduh kejam dan tidak berperikemanusian?
Jika semua soalan ini mengatakan kita sama sahaja,maka kita tidak mencapai apa-apa pun.
Lebih baik kita bangunkan dan ubah diri kita terlebih dahulu.Dengan cara ini baru kita boleh ubah dan bangunkan apa yang kita hendak ubah dan apa yang kita hendak bangunkan.
Belajar rajin sampai dapat phD,lepas tu jadi la menteri ke,senator ke,lepastu ubahlah apa yang kita hendak ubahkan.
Setakat sibuk ambil tahu hal yang remeh temeh sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap diri sendiri bukanlah satu tindakan orang yang bijak.
Sebabnya?bila semua ni berakhir,akhirnya nilai lah semula diri kita,Apa yang kita dapat melalui perjuangan ni?
Jawapannya pasti adalah NOTHING.

psst : bagi yang pernah menonton filem the adjustment bureau pasti teringat tentang dialog ni bila david norris (lakonan matt damon) bertanya soalan kepada agen biro perubahan tentang kehendak bebas :

David Norris: What ever happened to Free Will? 
Thompson: We actually tried Free Will before. After taking you from hunting and gathering to the height of the Roman Empire we stepped back to see how you'd do on your own. You gave us the Dark Ages for five centuries... until finally we decided we should come back in. The Chairman thought maybe we just needed to do a better job of teaching you how to ride a bike before taking the training wheels off again. So we gave you the Renaissance, the Enlightenment, the Scientific Revolution. For six hundred years we taught you to control your impulses with reason, then in 1910 we stepped back. Within fifty years, you'd brought us World War I, the Depression, Fascism, the Holocaust and capped it off by bringing the entire planet to the brink of destruction in the Cuban Missile Crisis. At that point a decision was taken to step back in again before you did something that even we couldn't fix. You don't have free will, David. You have the appearance of free will.