Pages

Friday, 4 May 2012

Hitler??




Salam,
Baru2 ini kita diberitakan oleh kenyataan salah seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang tak lain tak bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib sekarang menyerupai pemerintahan ala Hitler dan Stalin.


Apakah benar dakwaan DSAI tersebut?adakah kerana keganasan polis pada perhimpunan bersih 3.0 lalu terhadap peserta bersih membuat DSAI terus melabelkan kerajaan sedia ada sebagai Hitler dan Stalin?
Penulis tidak berpihak pada mana2 parti politik,tapi pada pandangan penulis kenyataan DSAI itu sedikit sebanyak mengambarkan ketidakcerdikan DSAI sendiri.


Siapa Itu Hitler?
Jika kita kaji kembali sejarah perjuangan Hitler dan Nazi,penulis baru2 ini sempat menonton satu dokumentari tentang hitler dan nazi di national geographic.Melalui pengamatan penulis,Hitler merupakan seorang penjuang yang memperjuangkan isu2 rakyat ketika itu seperti ketidakadilan kapitalis yahudi dan kegagalan parti Jerman Sosial Demokrat untuk mengatasi masalah yang dialami rakyat Jerman ketika itu seperti masalah penganguran dan kemiskinan.


Hitler merupakan seorang yang pandai berpidato dan mampu menarik sesiapa sahaja yang mendengar pidatonya dan mengajak mereka berfikir sama seperti Hitler berfikir.Itulah kelebihan Hitler.Berpidato.Oleh kerana kelebihannya tersebut,Hitler berjaya menarik ramai rakyat Jerman untuk menyertai parti nazi terutama rakyat jerman luar bandar dan golongan miskin.


Namun Hitler yang dianggap sebagai penyelamat rakyat Jerman daripada kemiskinan dan penindasan kapitalis yahudi hanyalah pembohongan semata-mata,kerana parti nazi bukan sahaja gagal memulihkan ekonomi Jerman tapi membawa rakyat Jerman ke kancah peperangan dan huru-hara.Hitler sanggup menggunakan apa sahaja demi mencapai cita-cita peribadinya,malah sesetengah berpendapat Hitler mahu menjadi seperti Napoleon yang mempunyai sejumlah angkatan tentera yang besar.


Memenopoli Individu Lain Demi Cita-Cita Peribadi
Berbalik kepada isu yang dimainkan oleh DSAI,penulis berpendapat DSAI sendiri lebih menyerupai Hiler jika dibandingkan dengan kerajaan sedia ada.Ini kerana Hitler sanggup melakukan apa sahaja dan memenopoli setiap individu di Jerman ketika itu demi mencapai cita-cita nya untuk menjadi Fuhrer iaitu permimpin tertinggi Jerman.Isu yang dimainkan?Sudah tentu kemiskinan dan kesengsaraan rakyat Jerman.Sama seperti DSAI sendiri yang mempermainkan isu ketidakadilan dan penindasan kerajaan terhadap rakyat.


Jadi kesimpulannya kerajaan sedia ada yang lebih menyerupai Hitler seperti yang didakwa DSAI adalah sama sekali tidak masuk akal dan boleh disifatkan sebagai Buta Sejarah.Pada zaman hitler sesiapa yang menentang beliau dan tidak mengucapkan HEIL HITLER boleh ditangkap dan salah disisi undang2.Tapi di Malaysia kita bebas untuk menyokong siapa yang kita mahu sokong dan bebas mengkritik siapa yang kita mahu kritik.Walaupun penulis sendiri tidak menyokong mana-mana pihak,tetapi penulis tidak suka sikap segelintir pemimpin yang hanya pandai menyalahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri kerana pada pendapat penulis perbuatan tersebut adalah pengecut dan tidak bertanggungjawab.


DSAI lebih menanamkan kebencian didalam hati rakyat Malaysia daripada menanamkan kasih sayang.DSAI lebih meluahkan penipuan daripada kebenaran.Mahukah kita hidup di dalam kebencian dan penipuan seperti ketika zaman Hitler?Berikut sedikit kata-kata Hitler:



"If you tell a big enough lie and tell it frequently enough, it will be believed."
-Hitler- 









4 comments: